last week member aku nak kawen pada 11/10/2008, aku ngan satu member sehidup-semati aku (Ganu), rancang nak pergi la ke saner sambil melawat kawan2 yang masih ada disana. aku kata maybe aku tak dapat nak datang, tapi budak ni punya semangat sampai nak support tiket flight ke sana (penang).

LCC Terminal View:





damn! punyalah dasat budak nie. tapi betul la cakap dia. bila lagik nak jumpa kawan2 selepas hampir 2 tahun meninggalkan tempat yang banyak mengajar erti hidup. kawanku, Ganu, naik flight dari kuantan ke LCCT. semata2 nak sambut aku. pergh! sket lagik nak mengalir air mata aku. sanggup ke LCCT tue. padahal dier ble naik firefly direct to penang.
aku bertolak dari umah around kul 7am, lepas anta adik2 pergi skola. sampai LCCT dalam kul 9am lebe la. tunggu Ganu sampai around kul 10am. flight ke penang dalam kul 11.10am. air asia.

tak banyak berubah si Ganu nie. samer cam dulu.

free seatting. dua ayat yang menakutkan. nie first time aku naik flight yang free seatting. damn! cam naik BMW (bas mini wilayah) hehe. tak lah berebut cam budak skola. tapi, erm.....bole la. flight less than 50minit. damn! cepat sangat. tak sempat nak ngorat pramugari. heeeee. apatah lagik nak abes kan sandwich yang dah di order masa booking online. air tin RM5. wah lau wei. mahal giler. kapal kecik. langgar awan sket ajer dah terasa pukulan dier. pergh! agak menakutkan disitu.

dua perkara yang membuatkan aku suka naik kapal terbang:
  • masa take-off
  • masa landing
  • pramugari
dalam kul 12pm, kami pun sampai di bayan lepas penang. call member aku Bart, untuk pick us up la ke bat cave! yeah! tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai la Bart. yang syiok nyer, dia datang naik moto! haha! kami datang berdua, tapi dia datang ngan moto. huhu. rupa-rupanya akak dier pinjam kete. last2 kami naek teksi ke umah sewa dia kat area bayan, belakang tabung haji. dalam diam aku sms seseorang. heeee.

sampai umah sewa itu ajer, jumpa la ngan geng2 setan lamer. Panda, Ajim, Pijot (Senior). lepak sambil sembang2. tapi aku tak sangka Panda makin membulat heeee. sowie Panda. jangan mare. ahaks! lepak jap, pastu kuar ngan Ganu pi queens bay mall. besaq giler + berterabur sket = penat berjalan. jalan2 cuci mata. jumpa lak kedai cd. Ganu masuk hampir tak ble kuar. banyak tul dia nak beli. huhu. last2 sambo 2 citer kat kedai tue. kalo ikut kan hati. mau dia sambo satu kedai.

Inside Queens Bay Mall view:






sms ku berbalas. ajak satu budak pompuan gi makan malam sesamer. Fasha. dier nak datang amek kami di umah sewa Bart. dia sampai around kul 8pm. naek kete picanto dier. kaler oren cukup. aku ajak Ganu ngan Panda untuk join sekali.

aku cakap aku nak makan char kue tiau kat area bukit mertajam. heee. demand lelebih lak budak ni. dah la ajak budak pompuan makan, dier datang jemput. muka bebetul tak tau malu. heee. Fasha kata "tarak hal lah!". zoooooom. ke bukit mertajam la kiter.
sampai2 kedai tue, cam biasa. tak banyak yang berubah. order la sepinggan besaq sorang, kecuali Fasha. dia malu kot. ker diet? erm..... =)

lepas makan, wat keje giler. pi karaoke kat bandar perda. fuh. sewa bilik 2jam RM35. amek ko. nyanyi sampai semput. tapi Fasha maen tipu. dia tak nyanyi. pilih lagu pun tak. nak dengar sora emas dia, kami carik lagu duet. muehehehehe. ble tahan.

Inside karaoke room:





dalam kul 12.30am kami abes karaoke. Coolant kata nak lepak samer. mana lak budak ni tak mai-mai lagik. kami pun shoot balik ke pulau. tengah2 atas jambatan tue, Coolant call.

Coolant : ada tang mana?
Aku : atas jambatan. aku nak tarik hand-brake pun tak sempat nie.
Coolant : iya ka?
Aku : iyeap. jumpa esok la iye kiter.
Coolant : ok!
sebelum sampai penghujung jambatan. aku tanya Fasha.
Aku : ari camni, slalu lepak maner?
Fasha : kekadang lepak kat area queens bay.
Aku : jom!

dia bawak la jantan yang tak tau malu nie (aku) lepak kat satu kedai, kapitan. blakang ngan queens bay mall. menarik gak view kat area nie. herm..... sembang nyer sembang. dah kul 3am! mati. Fasha anta kami balik.

aku teringat satu dialog yang keramat pada pagi tue.
Fasha : ..........single + available

ringkas dan bermain-main kat kepala aku. bukan apa. aku memang ada hati kat dia ni. baik. suporting maut nyer. bijak. comey. tapi dia dah ada pakwe. so, kita pun get low la kan. skang ni cam cinta lama nak kembali lagik ajer.

entahla. ada ker orang nak kat budak mengong (aku) nie?

2 comments

  1. afaniL // October 15, 2008 at 8:32 AM  

    teruskan catatan perjalanan macam ni.

  2. Yumiko Yasuo // October 15, 2008 at 4:39 PM  

    sila rajin sket update