hye!


Sudah lama tidak update blog nie.....huhu....
Sibuk giler! AAAAAAAA!

Ok2...back to the main topic here...
Pada 14/11/2009, aku dan family pergi ke Merchant Square untuk melihat satu pusat kesihatan yang baru dan yang pertama di Malaysia, Body Contours EcoGym. Ecogym ini merupakan salah satu produk/pelan dari Syarikat Jiwa Realiti Sdn. Bhd.

Sedikit pengenalan pasal EcoGym nie: (mengikut flyers)
Keseluruhan konsep perawatan Body Contours EcoGym adalah berdasarkan rangka kerja Bio-Resonance - dimana prinsip utama perawatan adalah menggunakan kuasa elektomagnetik luaran yang berfrekuensi sama dengan badan manusia atau dikenali sebagai PERT - Pulsating Energy Resonance Therapy.

Melalui konsep PERT ini, pelanggan akan didedahkan kepada proses perubahan caj elektrik badan melalui sel membran dimana proses ini dapat membantu memulihkan sel yang kurang upaya untuk meneruskan proses pembinaan semula sel badan secara semulajadi.

Bio-Resonance Therapy (BRT) mula digunakan oleh para pengkaji angkasa Soviet dan diklasifikasikan sebagai SULIT dalam perawatan para angkasawannya. Kini terapi elektro ini banyak digunakan di hospital serata negara Russia.

Satu lagi penemuan oleh pakar saintis Rusia ialah penggunaan kuasa radiasi elektromagnetik ke pusat-pusat akupuntur. Perawatan ini sama dengan rawatan tradisi orang Cina - penggunaan jarum halus ke pusat-pusat akupuntur. Dengan rangsangan yang sesuai rawatan BRT ini mampu memperbaiki masaalah kesihatan yang dihadapi.

BRT adalah rawatan akupuntur tanpa jarum!

Sedikit pengenalan pasal EcoGym nie: (mengikut aku)
EcoGym nie, senang cakap, dier satu kaedah dimana ia akan me-resonate-kan kembali sel-sel badan. Seperti kita semua tau, sel badan kita mempunyai cas-cas negative dan positive. Dan dalam Islam juga ada menceritakan perihal ini.


"Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.

Bersempena Ramadhan ini marilah sama-sama kita sentiasa solat berjemaah bukan sahaja solat sunat tarawih tetapi juga solat-solat fardhu. kekalkan dan istiqamahkan diri agar solat berjemaah bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi juga pada bulan-bulan yang lain. semoga Tuhan meredhai kita dan menjadikan kita hamba yang berTaqwa"

Senang cakap, EcoGym ini digunakan untuk menstabilkan cas-cas dalam badan dan membantu memulihkan sel-sel.

Sessi rawatan: (secara ringkas oleh aku)
Langkah 1 - Analisa (Analyse)
- Menganalisa tahap tenaga badan
- aku kat sini tahap tenaga badan adalah 55%!!!!! AAAAAAAAAAAA!
- Sepatut nya tahap aku dalam 80% keatas.....mak aku lagi tinggi dari aku.....85%

Langkah 2 - Pencergasan (Revitalise)
- Di sini aku di"gongcang" atau di"getar"kan.
- Proses ini mengambil masa 10 minit.
- Proses ini mencergaskan 600 otot badan dan 206 tulang beluang.
- 10 minit = 1 jam joggging!!

*Mempercepatkan proses pembakaran lemak badan
*Menguatkan otot terutamanya pinggang dan tulang belakang
*Memperbaiki sistem limfa
*Meningkatkan hormon HGH
*Mempercepatkan metabolisme
*Menolong mengurangkan berat badan

Langkah 3 - Mengecas Semula (Recharge)
- Kat sini paling best, aku diurut menggunakan air!!! (Hydro-massage)
- Tapi tak basah yea....macam tido atas water-bed....
- Aku diurut selama 10 minit...layan beb...

*Menikmati tidur yang nyenyak
*Memperbaiki sistem pemulihan badan,menenangkan otot badan serta minda
*Memperbaiki sistem pengaliran darah badan
*Merangsang metabolisma
*Mempercepatkan proses pemulihan

Langkah 4 - Mempermuda (Rejuvenate)
- Kat sini aku rasa santai jer....rilek beb
- Duduk atas tikar Bio Resonance Therapy
- Mcm duduk atas kerusi malas

*Membantu penghadaman
*Mengurangkan stress/tekanan
*Mengurangkan ketegangan otot
*Memperbaiki sistem limfa

Dan apa yang menariknya.....let’s say kita jadi membership Rm16,000.00* kita akan dapat Rm32,000.00 dalam masa 2 tahun!!
Menarik?

**Fyi, yang Rm16,000.00 itu bukan rate yang fix. Dia ada amount2 laen yang bermula dari Rm2,000.00**

Mari kira2 apa yang anda dapat: (ambil nilai Rm16,000.00)

Boucher ke EcoGym : 160 keping (1 keping = Rm80 = Rm12,800.00)
Jadi : Rm32,000.00 – Rm12,800.00 = Rm19,200.00 (nilai ini akan dibank-in kedalam bank selama 24 bulan = tiap2 bulan Rm800)

Kesimpulan : Anda tidak mengerluarkan duit malah ada untung!!!

Kenapa??
Untung : Anda akan dapat Rm19,200.00 – Modal Rm16,000.00 = Rm3,200.00

Anda Sihat, Anda dapat kembali Modal anda, Malah anda dapat duit lebih!!!!


1 comments

  1. Unknown // November 15, 2009 at 3:28 PM  

    ha..nk stat SCK la tu