Hepi New Year!
Sudah 'agak' lama tidak menulis diblog ini....
Sebuah citer yang ditulis bagi menggerakan otak kreatip ku yang semakin lama semakin malap...
Sebuah citer kanak-kanak yang akan aku buat.....

Enjoy!

Tajuk: Mubinah si 'pembersih'
Penulis: Seediq
Tarikh: 04/01/09

Sinopsis:
Bumi. Pelbagai spesis kehidupan mendiaminya. Keadaanya yang aman, tenang, pada masa lampau. Kini menjadi kucar-kacir.
Pencemaran. Peperangan. Kehancuran. Semakin jelas. Semakin lama menjadi rutin. Bumi menjadi semakin tenat.
Suatu hari, dikala burung sedang berkicau. Angin sepoi-sepoi bahasa. Segerombolan bebola api jelas kelihatan di kaki langit yang membiru.
Tetaboooo! Beberapa mahluk asing menerkam, menodai bumi yang selama ini dinodai oleh mahluk yang dikelaskan manusia.
Bumi semakin kucar-kacir. Manusia dan haiwan lari bertempiaran. Menjerit. Panik. Segalanya berlaku secara automatis dan spontan.
Angkatan tentera, bomba, dan pelbagai badan-badan beruniform dan para perajuit bertarung meredakan keadaan tetapi gagal.
Nun disuatu sudut dibumi, Mubinah. Seorang gadis remaja. Berdarah kacukan melayu + jawa + cina. Sedang membersihkan ruang tingkap rumahnya.
Didatangi oleh seekor mahluk asing yang kelihatan seperti anjing. Tetapi bukan anjing. Seperti. Mahluk itu comot kotor.
Mubinah ketika itu sedang memegang berus dan baldi berisi sabun, hampiri mahluk itu lalu membersihkannya.
Mahluk itu tersentuh dengan hati murni Mubinah lalu hilang seperti buih yang ditiup angin.
Dalam kebingungan, perilaku Mubinah terlihat oleh seorang pegawai atasan yang sedang bertugas disitu.

Pegawai atasan memberitahu kerajaan mengenai kejadian tersebut lalu Mubinah ditugaskan untuk membersihkan mahluk-mahluk asing yang lain.
Akan tetapi. Tidak berkesan. Setiap mahluk asing mempunyai ciri-cirinya tersendiri untuk dibersihkan.
Ada yang perlu dibersihkan. Ada yang perlu diteman. Ada yang perlu dikasihi.
Setelah Mubinah berjaya membersihkan mahluk-mahluk asing tersebut, baru manusia sedar, ciri-ciri yang dipamerkan oleh Mubinah ketika membersihkan
mahluk asing tersebut diperlukan oleh bumi yang semakin tenat. Dan mahluk asing tersebut telah menyedarkan mereka.

0 comments