iye betul. untuk mengelakan perbalahan dan pepecahan.

ada sesuatu yang kurang menyenangkan berlaku arini, sekumpulan rakan sekerja datang umah secara mengejut. itu takpa la kan. pada masa yang sama family aku baru balik ada kenduri di johor.

pada mulanya ada segelintir orang duduk kat bawah, setelah aku bawak geng-geng yang datang mengejut, tetiba kosong. ok, itu bukan satu isu.

kebanyakan orang bertanya, "mana parents ko?". "mereka penat, skang tengah berehat", ujar ku. maleh nak kaco, orang baru balik kenduri, jauh lak tue.

hu-ha hu-ha sket, tup tup, nak balik dah geng-geng ni. lepas salam apa semua, selang beberapa jam, mak bertanya kepada aku:

mak : ada budak kecik ke tadik?
aku : iyeap
mak : ada kasik duit raya?
aku : tak
mak : apasal tak kejut?
aku : -diam-
mak : bla bla bla bla (dah kene tembak da aku)

niat aku takmo kaco dia berehat di akhiri dengan tembakan macam mesin-gun. trat trat trat. takda ruang untuk take-cover.

sebab apa aku takmo kaco dia berehat, sebab dia orang tau ada orang nak datang umah. tapi tak tunjuk muka. mungkin penat. sebab tue aku tak kejutkan.

tapi apa nak wat. diam aje la.

sebab apa aku tak kasi duit raya, dalam wallet aku tinggal duit RM2. baru wat personal loan kat mak aku, RM 100 wat duit isi minyak. duit emergency in case sh*t happened. duit kat bank bukan liquid. tue masalah aku skang ni.

telan aje la. takan semua tindakan nak kene bagitau kot?

dan memang salah aku sebab takda duit nak kasi budak-budak tue.

terdapat beberapa lagu yang menarik hati aku untuk berkaraoke semasa lawatan aku ke penang:

Kangen - Dewa

Kut'rima suratmu t'lah kubaca dan aku mengerti
Betapa merindunya dirimu akan hadirnya diriku
Di dalam hari-harimu bersama lagi

Kau bertanya padaku kapan aku akan kembali lagi
Katamu kau tak kuasa melawan gejolak di dalam dada
Yang membara menahan rasa pertemuan kita nanti
Saat kau ada di sisiku

Semua kata rindumu semakin membuatku tak berdaya
Menahan rasa ingin jumpa
Percayalah padaku aku pun rindu kamu
'Ku akan pulang melepas semua kerinduan yang terpendam

Kautuliskan padaku kata cinta yang manis dalam suratmu
Kaukatakan padaku saat ini 'ku ingin ada di pelukmu
Dan belai lembut kasihmu tak 'kan kulupa s'lamanya
Saat bersama dirimu

Jangan katakan cinta
Menambah beban rasa
Sudah simpan saja sedihmu itu
'Ku akan datang, oh..

Biar bulan bicara - Broery Marantika

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

ni la mesin yang ke-3 aku tgh wat skang. TAL 500 a.k.a Lab Bonder. sebuah mesin pick n place. untuk kegunaan makmal ajer. semi automated. takda satu haram sensor pn kat mesin nie! giler tul. pakai timer aje. naseb terrer.

satu lagi projek low cost.

PLC pakai Siemens S7-200. tak besh. besaq giler menantang nih! ada touch screen wooo mesin nih jgn memain. aku lupa lak model apa. hehe sori iyea. yang aku menyampah nak pakai PLC Siemens ni, dier pakai separate software untuk PLC and touch screen dier. dah la dunload kabel merepek. byk jenis. nak kene set baud rate. bla bla bla.

baek aku pakai PLC dari B&R (http://www.br-automation.com/) sonang by 2. kaler oren. kecik. comey. aku skang jadik taiko da pakai PLC dari B&R nih. hehehe.

owh. ada two-hand operation. siap ada kene pakai special relay dari Pilz. damn! mahal giler relay tue. apa nak wat. CE standard.

overview gambo mesin:




pick n place station:




curing station:



end product:



control cabinet view:



wafer table view:




die size (blah kanan):




kecik giler die tue. huhu.

minggu ni dah siap wat alignment. next week actual test ngan final acceptance. pastu end of this month, shipping to customer from Korea. yeah!

hari terakhir lepak kat penang. tak banyak yang nak di ceritakan kat sini. flight dalam kul 4.05pm.

rasa berat aje hati ni. apa nak wat. perpisahan tue sering berlaku dalam kehidupan seharian kiter. tabah ajer la.

tengok kawan-kawan kat saner dah semakin baek semakin stabil, alhamdulilah. syukur. ada perubahan. di harap korang dapat mengekal dan menambah lagi pada masa-masa akan datang.

sekian untuk trip kali ini.

p/s: thanks ganu for the pictures!

tak banyak di ceritera-kan pada pagi nie. aku tersedar awal lak. around 7am. damn! maybe dah terbiasa bangun awal. kalau kat umah, kalo lepas kul 7am tak bangkit lagik, alamatnya jadik kuih bangkit la.

lepak-lepak. santai ngan lagu, The Times - Dari Singapura ke KL, sambil menunggu mahluk-mahluk laen bangkit dari persada mimpi. aku kaco la hamster Panda. hehehe. lupa nak amek gambo lak. rugi. aku acah ngan pen. ada 3 ekor. 1 kaler putih, 2 kaler coklat.

lepas depa ni bangun, simpang pulai here we come!

ketika bersiap-siap:






*ni la Ganu*



*baju merah,Bart. Panda sebelah dier*

naik keter civic ek. damn! keter yang akan aku beli. tapi ada member dah pakai. naseb auto, kalo manual, mau aku dah bertumbuk ngan Bart nak drive. muehehehehe.
Coolant ngan Pio, dah sampai kat R&R juru. hinganq dah. kami mmg datang lambat. sowie. wat fast breakfast kat juru dan shooooooooooot ke simpang pulai. owh. watak lemah Ejoi bersama "orang umah" dier datang ngan kete gen-gen (gen2). dari jauh aku nampak kete Coolant ada badge WPC (Waja Performance Club). wow! dah join community dah. bagus-bagus.
3 kete convoi dari penang, waja, civic ek, gen-gen. wat pit-stop kat sungai perak sebelum sambung kembali pengembaraan.
tiba kat toll simpang pulai, ex-roomie aku call. nak join skali.
tunggu ex-rooooomie:
huha huha sket, tiba la budak tue. ex-rooomie aku, Napi a.k.a tiger ali singh, datang ngan Uda. kami pun shoooot kembali ke umah kawan aku kawen tue, Apitt.
yeah Apitt, tahniah dan kami harap sampai ke akhir hayat hendak nye.
Wedding Picture:
lepas kenyang makan, kami ke bukit tambun, beraye. umah ex-rooomie aku. mak dia dah masak siap masa kami tiba. hehehe. lepak sambil makan sambil tunggu kawan lama dan baek aku Mus. dia ni dari damansara shoooot teruih ke sini. sempat singgah ke umah Apitt jap.
dalam kul 6.15pm, kami bergegas pulang. aku naek kenari Mus. Mus bawak kenari?! wat da *tut*. tak ku sangka, dia ni paling koman pun satria neo. puas dah orang sepak terajang aku. kenari tue masih ada di depan aku. haha. Mus ajak aku lepak umah dia sambil ronda-ronda area bukit minyak.
apa yang aku dapat simpulkan kat sini, bukit minyak tue dah banyak membangun. bagus-bagus. perubahan + peningkatan yang baek.
lepak sampai kul 10pm, kami shoooot ke pulau. pi karaoke lagik. kali ni sampai kul 3am. sewel tul. pusing-pusing pulau sket. dalam kul 6am baru lepak umah sewa Bart. nak tidoq ke tak ni?
erm....
ni kalau kantoi ni, mau aku ngan Ganu tinggal flight nih!

last week member aku nak kawen pada 11/10/2008, aku ngan satu member sehidup-semati aku (Ganu), rancang nak pergi la ke saner sambil melawat kawan2 yang masih ada disana. aku kata maybe aku tak dapat nak datang, tapi budak ni punya semangat sampai nak support tiket flight ke sana (penang).

LCC Terminal View:





damn! punyalah dasat budak nie. tapi betul la cakap dia. bila lagik nak jumpa kawan2 selepas hampir 2 tahun meninggalkan tempat yang banyak mengajar erti hidup. kawanku, Ganu, naik flight dari kuantan ke LCCT. semata2 nak sambut aku. pergh! sket lagik nak mengalir air mata aku. sanggup ke LCCT tue. padahal dier ble naik firefly direct to penang.
aku bertolak dari umah around kul 7am, lepas anta adik2 pergi skola. sampai LCCT dalam kul 9am lebe la. tunggu Ganu sampai around kul 10am. flight ke penang dalam kul 11.10am. air asia.

tak banyak berubah si Ganu nie. samer cam dulu.

free seatting. dua ayat yang menakutkan. nie first time aku naik flight yang free seatting. damn! cam naik BMW (bas mini wilayah) hehe. tak lah berebut cam budak skola. tapi, erm.....bole la. flight less than 50minit. damn! cepat sangat. tak sempat nak ngorat pramugari. heeeee. apatah lagik nak abes kan sandwich yang dah di order masa booking online. air tin RM5. wah lau wei. mahal giler. kapal kecik. langgar awan sket ajer dah terasa pukulan dier. pergh! agak menakutkan disitu.

dua perkara yang membuatkan aku suka naik kapal terbang:
  • masa take-off
  • masa landing
  • pramugari
dalam kul 12pm, kami pun sampai di bayan lepas penang. call member aku Bart, untuk pick us up la ke bat cave! yeah! tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai la Bart. yang syiok nyer, dia datang naik moto! haha! kami datang berdua, tapi dia datang ngan moto. huhu. rupa-rupanya akak dier pinjam kete. last2 kami naek teksi ke umah sewa dia kat area bayan, belakang tabung haji. dalam diam aku sms seseorang. heeee.

sampai umah sewa itu ajer, jumpa la ngan geng2 setan lamer. Panda, Ajim, Pijot (Senior). lepak sambil sembang2. tapi aku tak sangka Panda makin membulat heeee. sowie Panda. jangan mare. ahaks! lepak jap, pastu kuar ngan Ganu pi queens bay mall. besaq giler + berterabur sket = penat berjalan. jalan2 cuci mata. jumpa lak kedai cd. Ganu masuk hampir tak ble kuar. banyak tul dia nak beli. huhu. last2 sambo 2 citer kat kedai tue. kalo ikut kan hati. mau dia sambo satu kedai.

Inside Queens Bay Mall view:






sms ku berbalas. ajak satu budak pompuan gi makan malam sesamer. Fasha. dier nak datang amek kami di umah sewa Bart. dia sampai around kul 8pm. naek kete picanto dier. kaler oren cukup. aku ajak Ganu ngan Panda untuk join sekali.

aku cakap aku nak makan char kue tiau kat area bukit mertajam. heee. demand lelebih lak budak ni. dah la ajak budak pompuan makan, dier datang jemput. muka bebetul tak tau malu. heee. Fasha kata "tarak hal lah!". zoooooom. ke bukit mertajam la kiter.
sampai2 kedai tue, cam biasa. tak banyak yang berubah. order la sepinggan besaq sorang, kecuali Fasha. dia malu kot. ker diet? erm..... =)

lepas makan, wat keje giler. pi karaoke kat bandar perda. fuh. sewa bilik 2jam RM35. amek ko. nyanyi sampai semput. tapi Fasha maen tipu. dia tak nyanyi. pilih lagu pun tak. nak dengar sora emas dia, kami carik lagu duet. muehehehehe. ble tahan.

Inside karaoke room:





dalam kul 12.30am kami abes karaoke. Coolant kata nak lepak samer. mana lak budak ni tak mai-mai lagik. kami pun shoot balik ke pulau. tengah2 atas jambatan tue, Coolant call.

Coolant : ada tang mana?
Aku : atas jambatan. aku nak tarik hand-brake pun tak sempat nie.
Coolant : iya ka?
Aku : iyeap. jumpa esok la iye kiter.
Coolant : ok!
sebelum sampai penghujung jambatan. aku tanya Fasha.
Aku : ari camni, slalu lepak maner?
Fasha : kekadang lepak kat area queens bay.
Aku : jom!

dia bawak la jantan yang tak tau malu nie (aku) lepak kat satu kedai, kapitan. blakang ngan queens bay mall. menarik gak view kat area nie. herm..... sembang nyer sembang. dah kul 3am! mati. Fasha anta kami balik.

aku teringat satu dialog yang keramat pada pagi tue.
Fasha : ..........single + available

ringkas dan bermain-main kat kepala aku. bukan apa. aku memang ada hati kat dia ni. baik. suporting maut nyer. bijak. comey. tapi dia dah ada pakwe. so, kita pun get low la kan. skang ni cam cinta lama nak kembali lagik ajer.

entahla. ada ker orang nak kat budak mengong (aku) nie?